Secara sinis, Setiausaha Pengelola PKR itu berkata, Azmin sepatutnya fokus kepada tugas utamanya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi daripada memperlekehkan muafakat antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).
“Bila PH umum Dr M PM7 & Anwar Ibrahim PM8, buat kecoh. Lepas menang PH, duk perlekeh muafakat PH. Fokus kerja ekonomi pls,” katanya di Twitter.
Umum mengetahui Azmin adalah bekas Menteri Besar Selangor dan sekarang menjawat jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hari ini, Azmin berkata, mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai ‘kerajaan pintu belakang’.
“Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun.
“Jadi ada pihak yang merombak pentadbiran dan kerajaan lebih awal dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang.
“Sepatutnya biarlah Dr Mahathir kekal sebagai PM, sehingga selepas tempoh penggal itu kerana itu mandat oleh rakayat,” kata Ahli Parlimen Gombak itu hari ini.
Timbalan Presiden PKR itu hari ini sekali lagi mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Keputusannya itu bertentangan dengan konsensus Pakatan Harapan yang menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Pengerusi PH itu setelah tempoh maksimum dua tahun berakhir. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan