Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menyanggah kenyataan
ahli akademik Dr Lim Teck Ghee yang menyifatkan pentadbiran PH sebagai
bencana tidak terkawal (unmitigated disaster) kepada negara.
“Itu (kenyataan) ahli akademik yang pada ketika rasuah berpuluh bilion, membisu. Jadi, nak dengar dia boleh. Tetapi, bila rasuah banyak, orang curi bertong-tong, dia diam dan sekarang nak kata keadaan tak terkawal.'
“Sepatutnya bicara (bangkitkan) apa yang patut kita lakukan. Mengapa boleh kita diam bila rompakan besar berlaku.
Beliau mengulas dakwaan Teck Gee bahawa kekecewaan terhadap kerajaan hari ini semakin meluas.
Kata Anwar, sokongan pemimpin pembangkang itu tidak relevan memandangkan isu membabitkan perubahan pucuk pimpinan seharusnya dibawa dan diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Itu tidak mengapa (sokongan pembangkang termasuk PAS terhadap Mahathir).
"Pembangkang biasalah, hendak timbulkan masalah. Dahulu semasa BN pembangkang tidak pula disuruh pilih calon perdana menteri.
“Ia bukan soal pembangkang. Saya ingat, isu itu juga sudah dijawab Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan juga PKR.
“Parti berkuasa sekarang ini yang menentukan siapakah pimpinan. Sekarang kita sokong Mahathir,” katanya.
Sebelum ini, enam ahli parlimen Umno tampil memberi sokongan supaya Mahathir meneruskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.
Enam pemimpin berkenaan ialah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Adham Baba (Tenggara), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut memberi jaminan bahawa kesemua 16 anggota prlimen parti itu akan memberi sokongan sama kepada Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan