Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan laporan yang mengaitkan namanya sebagai antara individu yang berusaha mewujudkan kerajaan baharu dengan kerjasama bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein yang didakwa mengetuai kempen berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghentikan perbincangan tentang peralihan kuasa dan menumpukan sepenuh masa untuk membangunkan ekonomi dan membantu rakyat selain memberikan sokongan yang padu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin negara.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata ini bagi memberi jaminan kepada pelabur-pelabur, bahawa politik Malaysia berada dalam keadaan stabil dan ekonomi negara sedang beralih ke landasan yang betul, sekali gus akan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
"Perkara ini juga akan membolehkan lebih banyak peluang pekerjaaan untuk anak-anak kita diwujudkan dan memberikan kemakmuran kepada semua dan inilah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.
Azmin berkata semua pihak perlu menghormati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dan membiarkan Dr Mahathir menghabiskan pentadbirannya sebagai perdana menteri sehingga selesai penggal.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan