Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, berkata pemimpin Pakatan Harapan yang menuduh beliau cuba membentuk kerajaan pintu belakang perlu berbincang dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Hishammuddin, yang pada awalnya disoal sama ada beliau menyokong Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri sehingga selesainya penggal atau tempoh pilihan raya umum ke-14, berkata:
"Perdana menteri adalah pemimpin mereka (PH), bukan pemimpin saya, mereka harus berbincang dengan perdana menteri mereka."
Walau bagaimanapun, beliau terus menambah: "Semua cerita kerajaan pintu belakang ini, kamu perlukan sokongan perdana menteri.
"Malah jika ada bukti (untuk membentuk kerajaan baru), pada akhirnya, mereka perlu berbincang dengan perdana menteri kerana Mahathir adalah pemimpin mereka.
Hishammuddin berkata jika PH memang mempunyai bukti bahawa ada cubaan untuk membentuk kerajaan baru melalui pembelotan, ini hanya menunjukkan bahawa pakatan itu berdepan dengan masalah dalaman.
"Ia tidak menjejaskan saya, saya tidak rugi apa-apa. Mereka yang rugi dan ini hanya membuatkan mereka kelihatan lemah, ini menunjukkan mereka kelihatan seolah-olah tidak kukuh.
"Jika ada tindakan untuk membentuk kerajaan, jika (Setiausaha Agung PH) Saifuddin Abdullah kata ada bukti, ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang secara dalaman salah dengan mereka.
"Kalau dia orang (mereka) solid (kukuh), apa yang dia orang nak takut sangat?” soal Hishammuddin.
Ketika ini, pembangkang tidak mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan melainkan jika ada pembelotan dari gabungan pemerintah.
Justeru, kata bekas naib presiden Umno itu, PH tidak seharus menjadikan beliau, Umno atau BN sebagai kambing hitam.
Hishammuddin mengulas pertuduhan PH bahawa dirinya cuba menggagalkan rancangan peralihan PH yang akan menyaksikan Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Ini didakwa akan dilakukan tanpa penyertaan wakil DAP dan Amanah.
Beliau juga menolak spekulasi bahawa pembentukan sebuah kerajaan baru itu ada kaitan dengan pergolakkan dalaman Umno sendiri.
“Jadi isu berhubung-kait kepimpinan Umno itu akan ditentukan orang-orang Umno sendiri... realitinya yang akan menetukan kepimpinan Umno adalah ahli Umno sendiri,” katanya.
Hishammuddin mendakwa PH takut akan bayang-bayangnya sendiri dan sering menukar tiang gol berhubung dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.
"Mungkin mereka rasa sangat tidak selamat, ini tidak ada kena-mengena dengan kita.
“Jangan buat Umno, BN (sebagai) kambing hitam. Kamu kena selesaikan masalah dalaman sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan