HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Oktober 2019

Fitnah pemimpin DAP: Najib hadir di Bukit Aman

Najib Razak memberi keterangan berhubung catatan di Facebook 
‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ di Bukit Aman hari ini.
 
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Bukit Aman, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Beliau tiba menaiki Toyota Alphard pada jam 11 pagi tetapi tidak berhenti di depan kumpulan media.

Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini berkata Najib akan dipanggil sebagai saksi.

Kenyataan yang dipersoalkan itu dimuat naik di Facebook pada 29 Sept oleh pemegang akaun yang dikenali sebagai “Nga Kor Ming Super Fans Page”. Ia dikatakan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Najib berkongsi tangkap layar hantaran tersebut yang menyeru kaum Cina membantah sultan berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi-bahasa di negeri itu.

Beliau juga berkata laman itu dikaitkan dengan Nga.

Nga, yang juga pengerusi DAP Perak, menafikan sama ada beliau atau DAP terlibat dengan hantaran itu.

Beliau hadir ke Bukit Aman awal bulan ini untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan di bawah akta hasutan.

Tiada ulasan: