Menurut beliau, khabar angin yang tular berserta video serta gambar wanita berkenaan di pejabatnya bukan seperti yang didakwa.
“Kalau tengok portal kementerian, itu pun tahu tak betul,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Reaksi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
bercakap kepada media semasa hadir pada Sidang Dewan Rakyat
di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Mengenai dakwaan transgender, Syed Saddiq menegaskan individu berkenaan adalah wanita sejati.
“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai diorang guna perkataan pondan.
“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” katanya lagi.
Semalam, tular satu video berdurasi satu minit memaparkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.
Wanita bernama ‘Cleopatra’ itu didakwa netizen seorang transgender yang bekerja dengan Syed Saddiq. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan