HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2019

Jenazah anak Fauziah Nawi ditemui, dikhuatiri lemas - Polis

MALAYSIAKINI
 
 


Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui mayat pengarah filem Firdaus Hanif, 43.

Azli dipetik berkata mayat allahyarham ditemui di Sungai Jelai pada 4.25 petang tadi dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5 petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu pelakon Fauziah Nawi yang juga ibu kepada Firdaus mengesahkan hal ini dalam suatu hantaran di media sosial.

"Alhamdulillah jenazah anakandaku Allahyarham Mohd Firdaus Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif sudah ditemui," katanya di Facebook.
Terdahulu operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus Hanif, 43, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai semalam, diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.
Pihak polis berkata operasi dimulakan pada lapan pagi tadi dengan melibatkan 15 bot, selepas dihentikan tujuh malam.

“Operasi hari ini disertai 74 individu termasuk anggota dan pegawai daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

“Lima anggota daripada pasukan penyelam bomba juga turut serta dalam operasi hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakan untuk memancing terbalik dengan rakannya ditemui selamat.


Tiada ulasan: