HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2019

Peralihan kuasa bukan setakat dari Dr M pada Anwar - Senator PKR


Ketika persoalaan bertumpu kepada tokoh utama peralihan kuasa dalam PH, senator PKR Yusmadi Yusoff hari ini berkata proses berterusan itu juga perlu meneliti untuk meneruskan perubahan yang dibuat sejak PRU14.

“Rancangan peralihan itu bukan hanya mengenai (presiden PKR) Anwar Ibrahim dan (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad," kata peguam itu.

Beliau berkata demikian pada majlis forum mengenai kemajuan budaya ilmu dalam Islam, yang dihoskan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).

Yusmadi yang juga profesor adjung di Istac, berpendapat bahawa kesinambungan perubahan yang diperkenalkan pentadbiran PH sepatutnya tidak terbatas pada isu-isu berkaitan politik dan kuasa semata.
 
Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam peralihan kuasa bermula apabila PH mengambil alih pemerintahan negara secara aman daripada BN.

Menurut Yusmadi lagi, pembaharuan dasar yang berterusan akan meletakkan negara di hadapan negara lain yang mengalami perubahan dengan lebih mencabar.

"Ia (peralihan) tersebut berkisar tentang kesinambungan pemikiran yang membawa pencerahan dan kesinambungan idea-idea baru.

"Bukan hanya di rantau ini, dunia sekarang sedang mencari orde politik baru," kata Yusmadi yang memetik perkembangan semasa di Tunisia susulan pemilihan Presiden Kais Saied minggu lalu.

Kais ialah presiden kedua yang dipilih melalui pilihan raya di Tunisia selepas revolusi 2011 yang mengembalikan demokrasi selepas bertahun-tahun di bawah pemerintahan kuku besi.
Di Malaysia pula, Yusmadi berkata idea-idea baru boleh dijana, misalnya terhadap dasar sedia ada yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

"Kita boleh mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru kita baik, tetapi sejauh mana?

"Jika hasil sebenarnya adalah jurang (pendapatan) yang lebih besar maka kita tidak dapat mempertahankannya," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sama, Anwar menegaskan pendiriannya bahawa persoalan berhubung peralihan kuasa tidak patut mengalihkan tumpuan daripada isu-isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat.

“Kalau Majlis Presiden PH hendak bincang boleh, tetapi kita perlu fokus tentang ekonomi dan biar Dr Mahathir Mohamad mengemudi pentadbiran negara dengan berkesan. Kita perlu terus bergerak ke hadapan.

“Fokus kepada isu ekonomi, apabila ada cubaan untuk menjejaskan proses (peralihan kuasa), pembangkang seharusnya tidak mengganggu kita, sebaliknya harus fokus pada masalah ekonomi.

“Buat masa ini, biarlah Mahathir menjalankan tugasnya,” ahli parlimen Port Dickson itu.

Dr Mahathir, yang kini hadir sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Azerbaijan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah jika isu peralihan kuasa perdana menteri dibincangkan oleh majlis presiden PH.

Sementara itu, semalam Anwar dilaporakan berkata naratif pembangunan Malaysia baru perlu memberi tumpuan kepada dasar ekonomi dan bukan retorik kaum atau agama.


Tiada ulasan: