Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mungkin mendapat suntikan 'tenaga' baru bagi mengharungi persaingan liga bola sepak tempatan dengan terlantiknya Menteri Pertahahan, Mohamad Sabu, sebagai penasihat mereka.
Presiden Kafa, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata pelantikan Mohamad berkuat kuasa mulai semalam.
Kata bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu, Mohamad memberikan persetujuan hasil pertemuan mereka di Wisma Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
"Kafa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada menteri pertahanan atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini," katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.
Sebaliknya kata Wan Abd Rahim, Mohamad akan memberikan sokongan tambahan untuk menambah baik prestasi bola sepak Kelantan.
Sebagai rekod, Mohamad - atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, atau Bang Mat dalam kalangan tertentu - merupakan presiden Amanah, manakala Wan Adb Rahim ialah pengerusi Amanah Kelantan.
Sebelum ini Wan Abd Rahim menerajui Kafa selepas dipilih melalui Kongres Luar Biasa (EGM) Kafa pada 6 Julai lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan