Tan Tai Kim Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.
Katanya, persatuan berkenaan juga diminta mengumpulkan tandatangan dan tanda cop lembaga pengelola dan PIBG sekolah sebagai tanda bantahan.
Sinchew Daily melaporkan, kenyatan Dong Jiao Zong juga menegaskan peranan lembaga pengelola sekolah dalam membuat keputusan selain mahu Kementerian Pendidikan menarik balik garis panduan yang dikeluarkan.
Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).
Selain itu, kuasa pengurusan yang diperuntuk kepada lembaga pengelola sekolah di bawah Akta Pendidikan 1996 dikatakan turut dipinggirkan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan