HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Disember 2019

BIPK: Kementerian Kesihatan akan bertemu JPA

Wartawan MalaysiaGazette
MGF12052019_TPM-HARI-JURURAWAT69
Kakitangan kesihatan antara kumpulan pekerja yang didakwa terjejas dengan pemansuhan BIPK. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah diminta mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membincangkan tentang elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau akan memantau perkembangan ini.

“Keperluan setiap kementerian pastinya berbeza dan ini wajar di bawa ke Kabinet sekali lagi akhirnya,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Artikel berkaitan:Pemansuhan elaun kritikal hanya babitkan pelantikan mulai 1 Januari 2020
Mansuh elaun: Penjawat awam bertambah malang
 Tarik balik pemansuhan elaun kritikal – Pas
Anwar syor kaji semula pemansuhan elaun BIPK

Semalam, Dr Dzulkefly melahirkan harapan agar JPA memberi penjelasan yang baik mengenai dasar baharu yang menyaksikan pemansuhan elaun kritikal ke atas kementerian itu dan 33 skim perkhidmatan awam.

Beliau berkata, pemansuhan elaun BIPK adalah langkah penjajaran pelaksanaan pemberian oleh kerajaan.

“Pemansuhan terpakai ke atas KKM & kesemua 33 skim Perkhidmatan Awam..Aduuh!” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: