HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Disember 2019

Anwar syor kaji semula pemansuhan elaun BIPK

Muhammad Azizul Osman
MGF08122019_KONGRES-NASIONAL-KEADILAN_48
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengkaji semula pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dilakukan semula dengan mengambil kira keresahan rakyat.

“Saya berpendapat perkara ini perlu dibincang semula oleh kerajaan dalam sidang Kabinet pertama pada tahun 2020.

“Kerajaan harus mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengesyorkan supaya para Menteri  menggunakan ruang Kabinet bagi menyatakan pandangan mereka.

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam memaklumkan elaun untuk 33 skim perkhidmatan kritikal penjawat awam dimansuhkan.

Bayaran yang dimansuhkan adalah bayaran insentif angkat najis, bayaran insentif menaip Jawi, elaun keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan dan elaun khas Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Turut dimasukkan bayaran elaun operator generator elektrik, elaun penyelia bilik taip, elau tilikan trigonometric observation, insentig profisensi bahasa Inggeris dan bayaran insentif perkhidmatan kritikal. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: