MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 25 Disember 2019
Benjawat awam lelaki di Kelantan wajib bersongkok setiap Khamis
BernamaArahan
untuk penjawat awam lelaki bersongkok ketika bertugas di pejabat setiap
Khamis berkuat kuasa serta-merta. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU: Semua 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan wajib
memakai songkok ketika bertugas di pejabat setiap Khamis, berkuat kuasa
serta-merta.
Ketetapan itu dibuat menerusi satu notis arahan pentadbiran
setiausaha kerajaan Kelantan yang dikeluarkan pada 19 Dis lalu dan
ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku
Jaafar.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 di bawah Perkara
Lain (11) yang bersidang pada 6 Nov lalu bersetuju dengan keputusan
supaya penjawat awam lelaki di Kelantan memakai songkok ketika bekerja
setiap Khamis.
Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, arahan itu membabitkan
penjawat awam negeri, termasuk kakitangan pentadbiran di Kota Darul Naim
dan pejabat kerajaan tempatan.
Katanya, langkah itu juga bersesuaian slogan kerajaan Kelantan “Membangun Bersama Islam”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan