Nurainie Haziqah
SHAH ALAM - Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) oleh kerajaan untuk lantikan baharu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan
Menurutnya, ini kerana skop pekerjaan yang dilaksanakan mereka adalah sama dengan kakitangan dan lantikan sebelum ini namun tidak menerima elaun seperti rakan sekerja mereka sebelum ini.
"Kita harus memastikan graduan dan anak muda diberikan peluang dan motivasi untuk bersama membangun negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, Srikandi PKR mahu kerajaan mengkaji semula tindakan pemansuhan elaun supaya kebajikan penjawat awam terus terbela.
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan satu pekeliling baru-baru ini mengenai pemansuhan beberapa elaun termasuk BIPK bagi lantikan baharu penjawat awam bermula 1 Januari 2020.
Elaun BIPK bermula pada 1992, diberi khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain.
Elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan pada 20 Disember 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan