HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Disember 2019

Kongres Jawi dibatalkan, Dong Zong hari ini tenang

Muhammad Azizul Osman
 
MG28122019_DONGZONG_07-1




KAJANG – Himpunan anti Kongres Jawi yang dijadualkan diadakan di perkarangan Kolej New Era tidak berlangsung seperti dirancang apabila tiada mana-mana individu dibenarkan berada di kawasan itu hari ini.

Kira-kira pukul 10 pagi, perkarangan kolej itu masih tenang dengan kawalan ketat daripada pihak polis yang mula mengawal keadaan sejak jam 8 pagi.

Hanya pengamal media dan para wartawan yang ada sejak pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, keadaan lalu lintas di jalan di hadapan kolej juga lancar.

Bagaimanapun, jam 10.15 pagi tadi sekumpulan peserta seramai 10 orang mula menghampiri kolej berkenaan dan mereka bagaimanapun tidak dibenarkan berada di pekarangan dan diarahkan beredar.

Kumpulan itu beredar 10 minit kemudian.

Pintu masuk ke Kolej New Era juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan dan hanya pelajar dan kakitangan sahaja yang dibenarkan masuk.

Semalam, Dong Zong diarahkan tidak menganjurkan persidangan membantah tulisan Jawi yang dijadual pukul 1 petang esok atas alasan menganggu kententeraman.

Ia berikutan polis yang mendapat perintah mahkamah bagi menghalang kongres berkenaan.

Dong Zong dan Jiao Zong dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya telah menerima perintah mahkamah itu daripada polis pad pukul 5.10 petang semalam. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: