HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Disember 2019

Lelaki mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan masjid

Noraniza Kamsani, Astro Awani
Lelaki mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan masjid
Lelaki kurang siuman yang mengamuk dalam keadaan berbogel ditahan oleh anggota keselamatan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat. - Gambar ihsan pembaca
 

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya mendapat panggilan kira-kira pukul 11.30 pagi mengenai seorang lelaki kurang siuman berusia 29 tahun sedang memegang sebilah parang di jejantas Jalan Besar di sini.

"Lelaki berkenaan kemudian melarikan diri ke Masjid Negeri tanpa pakaian sambil memegang parang dan bertindak mencederakan diri sendiri.

"Semasa anggota polis cuba menghampirinya, lelaki berkenaan melibas parang lalu terkena topi keledar dan lengan sebelah kanan polis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis berkenaan mengalami luka ringan di bahagian lengan sebelah kanan dan lelaki kurang siuman itu terus menyerang mangsa berkali-kali.

"Bertindak mengambil langkah sewajarnya, anggota polis berkenaan menjauhkan diri demi keselamatan semua pihak. Suspek kemudian melarikan diri sehingga ke Jambatan Tanjung Lumpur dan membuang parang ke dalam sungai.

"Dia kemudian berjaya di tangkap dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Suspek masih mendapat rawatan kerana kurang siuman," katanya.

Tiada ulasan: