LIHAT VIDEO DI SINI
KUALA LUMPUR – Potong elaun menteri bukan elaun penjawat awam!
Itu tegas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kecewa dengan pekeliling baharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini.
“Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan,” katanya dalam ciapan twitternya malam ini.
Bagi menyahut cabaran itu, Ketua Armada PPBM itu akan memendekkan cuti dan memulangkan elaun percutian selain meneruskan potongan 10 peratus gajinya seperti sebelum ini.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan