HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Disember 2019

SELAMAT TINGGAL 2019, INIKAH HADIAH PH UNTUK KITA?


Hari ini, 31 Disember merupakan hari terakhir bagi tahun 2019 dan esok, kita akan melangkah ke tahun baru 2020.
Sepanjang tahun lalu, apakah yang mahu kita kenang tentang 2019?

Secara keseluruhan, meskipun tahun 2018 boleh dianggap tahun manis bagi PH kerana berjaya melakar sejarah menjadikan gabungan itu sebagai kerajaan dengan menumbangkan BN, tahun 2019 sebaliknya adalah tahun sedih dan malang bagi PH.




Ini kerana sepanjang 2019 tidak banyak berita gembira atau kejayaan yang berjaya dibentang oleh PH untuk tatapan serta dijadikan hidangan kepada rakyat jelata.

Yang paling menyedihkan tentunya tentang penerimaan rakyat terhadap menteri-menteri PH yang ada.




Tahap penerimaan rakyat terhadap menteri-menteri PH sepanjang 2019 nampaknya begitu rendah, termasuk kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Walaupun berpengalaman selama 22 tahun, mungkin kerana pernah menolak janji manifesto sebagai bukan wajib untuk ditunaikan serta terlalu banyak berpolitik untuk kepentingan dirinya, sedangkan keutamaan dan harapan rakyat ialah memberi kesejahteraan kepada mereka, maka tahap penerimaan rakyat kepada Tun Mahathir hanyalah sebanyak 26 peratus saja.



Lebih buruk, ada menteri yang penerimaan rakyat terhadapnya hanya serendah 10 peratus.

Inikah hadiah PH untuk rakyat bagi tahun 2019?

Tiada ulasan: