HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Disember 2019

Sekat mahu dialog bincang tulisan jawi di sekolah

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
 
 

GABUNGAN Seni Khat Action Team (Sekat) mahu satu sesi dialog antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi membincangkan penyelesaian pengenalan tulisan jawi di sekolah.

Setiausahanya, Arun Doraisamy berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan KPM dan beberapa pihak lain bagi mengusulkan berhubung dialog berkenaan.

“Selain itu, Kongres Jawi Kebangsaan juga akan mengusulkan tujuh resolusi yang akan dibawa kepada KPM di Putrajaya esok.

“Antara resolusinya termasuklah menangguhkan dan membincangkan pengenalan tulisan jawi di sekolah selain membantah pelaksanaannya yang dilakukan secara paksaan,” katanya pada sidang media selepas kongres berkenaan.

Arun berkata, kongres pada hari ini mencapai matlamat yang ditetapkan dengan kehadiran seramai 1100 tetamu dari pelbagai pihak.

“Kita sangat positif dan akan mengadakan sesi dialog bersama KPM bagi memberi jalan penyelesaian berhubung isu ini.

“Kita mengajak semua termasuk Dong Zong untuk menyertai dialog yang akan diadakan ini,” katanya.

Kongres yang dianjurkan Sekat itu diadakan sehari selepas kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong mematuhi perintah mahkamah, yang diperolehi oleh polis daerah Kajang untuk membatalkan kongres mereka bagi membincangkan bantahan terhadap pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat.

Semalam, Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) yang mewakili lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO) memberi amaran akan berhimpun secara besar-besaran jika bantahan tulisan jawi diteruskan.

Berita berkaitan
'Kami sediakan slot untuk pihak yang bantah'
Dong Zong tak puas hati dengan polis
Utamakan kepentingan nasional - iGuru
UMMAH beri amaran kepada Dong Zong [METROTV]
Isu tulisan Jawi: Dong Zong batal persidangan
Perintah mahkamah batal persidangan Dong Zong

Tiada ulasan: