HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak supaya Persatuan Dong Zong diharamkan kerana telah membawa agenda yang boleh memecahkan keharmonian kaum di negara Malaysia.
Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee berkata, sejak awal pertubuhan Dong Zong hingga ke hari ini, sudah terlalu banyak sejarah yang membuktikan penentangan rakyat Malaysia dan figura negarawan dalam tuntutan mengharamkan pertubuhan berkenaan.
Advertisement
“Ayuh rakyat Malaysia sekalian, buka mata dengan lebih luas! Saksikan agenda biadab si pengkhianat DAP ini dan anak buahnya Pertubuhan Dong Zong dalam mengheret negara kita ke dalam kancah perpecahan kaum!
“Jangan hanya disebabkan Dong Zong, peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali!” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, penglibatan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam membela isu pengharaman Dong Zong itu membuktikan bahawa pertubuhan berkenaan mempunyai agenda di peringkat akar umbi yang selari dengan parti DAP.
Hal itu berikutan, gesaan Kit Siang supaya GAMIS disiasat oleh pihak berkuasa kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas berhubung agenda Dong Zong selari dengan DAP.
“Semenjak mereka memegang tampuk pemerintahan (negara), mereka semakin berani menunjukkan belang pengkhianat mereka terhadap negara ini.
“Jangan dibiarkan mereka terus bersuara dengan berani, kembalikan semangat cintakan negara kita, kenangkan semula titisan darah pejuang tanah air kita yang mengalir di bumi ini demi memperjuangkan keamanan dan kemerdekaan negara,” tegasnya.
Menurut Mohd Zofrie, ini merupakan amaran awal pihaknya kepada Dong Zong supaya jangan dicabar semangat rakyat yang cintakan keamanan negara ini.
“Ini bukan soal kaum, bangsa mahupun agama! Kami akan pecahkan segala benteng penghalang kesatuan kami untuk menghalau kamu dari negara ini sekiranya kamu berkeras!
“Ayuh mahasiswa sekalian! Kita bergerak menentang si pengkhianat negara ini biar sampai lumat , biar sampai mereka tahu tingginya langit dan menyesal hingga jatuh melutut ke bumi sekiranya mereka tetap membawa agenda memecahbelahkan perpaduan negara kita,” katanya.
Persatuan Dong Zong akan mengadakan satu kongres bagi membantah pembelajaran tulisan jawi sebanyak 3 muka surat di sekolah vernakular pada Sabtu ini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan