HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Disember 2019

Kenapa nada Mufti Wilayah lain dalam kes Najib?


Wartawan MalaysiaGazette


MGF17072017_Majlis-Mesra-Aidilfitri-JASA_11-1
Dr. Mohd Puad Zarkashi


KUALA LUMPUR – Kenapa dalam kes Najib, Mufti Wilayah Persekutuan lain nada berbanding kes Azmin?

Itu persoalan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi kepada Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.

“Dalam kes video Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali) Mufti Wilayah menyatakan kegusarannya sedangkan video seks songsang yang tular  itu menggugat umat Islam di Malaysia.

“Dia lantas menulis empat artikel (Bayan Linnas) sebagai panduan antaranya “Peristiwa Al Ifki (fitnah terhadap A’ishah): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa”.

“Azmin terasa Mufti Wilayah membelanya berdasarkan surat mufti Azmin langsung tidak membuat laporan polis, saman atau bersumpah.

“Sebaliknya dalam kes Najib, Dr Zulkifli mempersoalkan tindakan berani Najib bersumpah di masjid,” katanya dalam hantarannya di Facebook hari ini.

Menurut Puad, Mufti Wilayah berkata, mubahalah dalam kategori sumpah dan tidak perlu kalau kes masih berjalan di mahkamah.

“Soalnya kes pembunuhan Al tantuya (Shariibuu) sudah dihakimi. Azilah (Hadri) bersalah dan dihukum gantung,” katanya.

Malah, menurutnya, Najib sendiri telah meminta pegawainya membuat laporan polis tahun lepas apabila fitnah ini terus disensasikan.

Beliau juga hairan kenapa Zulkifli tidak kisah pula dengan dakwaan seorang ahli perniagaan, Deepak yang menuduh Altantuya mengandung anak Najib ketika dibunuh.

“Apakah Dr Zulkifli tidak gusar dengan fitnah dashyat ini,” cetusnya.

Apa pun, kata Puad, pandangan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman lebih bijaksana kerana berpendapat tidak salah Najib bersumpah kalau dia tidak ada pilihan lain.

“Tepat, Najib tidak ada pilihan lain. Dia diasak dengan puluhan tuduhan dan ada kes berjalan serentak.

“Dalam keadaan rule of law tidak dihormati, dapatkan Najib bersumpah di mahkamah seperti yang dicadangkan oleh Zulkifli.

“Najib sudah tentu berbesar hati dan berani bersumpah di mahkamah jika Dr Zulkifli boleh mengaturkannya,” ujarnya lagi.

Sebab itu, katanya, sumpah bukan isunya tapi fitnah Najib membunuh itu perbuatan yg patut dikutuk.

Apakah Dr Zulkifli setuju dengan tindakan Azilah bersumpah melalui SD menuduh Najib mengarahkannya membunuh Altantuya. Sebaliknya tidak setuju Najib menafikannya secara sumpah lisan?” soalnya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: