THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA: Lima warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada Sabtu lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mereka telah dipindahkan ke Suez Hospital for Health Insurance dan Sheikh Zayed Specialised Hospital untuk menerima rawatan lanjut.
“Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah membuat lawatan konsular bagi menemui mangsa yang terlibat untuk menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” menurut Kementerian Luar serta mengesahkan tiada mangsa yang terkorban dalam insiden itu.
Menurut laporan sebelum ini, lima warga Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah.—Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan