Dr Kamarul Zaman Yusoff
Jadi pemimpin kerajaan pertama canggah keputusan polis
HANIPA Maidin malam tadi, mencatat rekod menjadi pemimpin kerajaan
bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri pertama, yang menyanggah keputusan polis
memohon perintah mahkamah untuk membatalkan Persidangan Pertubuhan Cina yang
menentang tulisan jawi.
Dengan
berbuat begini, Hanipa telah meletakkan diri beliau sebaris dengan pemimpin DAP
seperti Dr P Ramasamy dan Howard Lee, pemimpin GERAKAN seperti Datuk Dr Dominic
Lau, pemimpin MCA seperti Datuk Chong Sin Woon dan aktivis NGO seperti Siti
Kasim.
Hanipa
juga dengan ini, menyanggah Ketua Pemuda AMANAH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim,
dan Pemuda AMANAH Terengganu yang menentang persidangan itu kerana menganggap
ia kurang matang, tidak patriotik, paranoid melampau dan amat keterlaluan.
Bijakkah
seorang Timbalan Menteri Undang-undang menyelar tindakan agensi penguatkuasaan
utama negara yang sekadar mahu menegakkan keamanan negara?
Tidakkah
kenyataan Hanipa ini, akan membuka laluan kepada pemimpin DAP, khususnya yang
berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri, untuk menjadi lebih berani dalam
mengkritik tindakan polis ini?
*Dr Kamarul Zaman Yusoff, Penganalisis Politik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan