Apatah lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu mempunyai saluran yang cukup dekat dengan dirinya untuk mengadu jika wujud kepincangan dalam pentadbiran parti.
“Tindakan itu juga tidak sepatutnya dilakukan kerana dia ada saluran yang tepat untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Malah, tindakannya cukup melampau dan hilang adab yang biasa ada di kalangan ahli MT UMNO.
“Secara terbuka dia menyerang pemimpin tertinggi parti, dia serang Ahmad Zahid, serang Setiausaha Agung UMNO, serang Ahli MT yang lain. Ini tidak sepatutnya dilakukan oleh Lokman,” katanya yang dipetik menerusi status Facebooknya.
Mohd Rafi menjelaskan, mana mungkin Lokman tidak tahu adab berjemaah, sedangkan beliau diangkat oleh rakan sekelilingnya sebagai orang berjuang dan ada jatuh bangunnya dalam politik.
Katanya, mana mungkin pula beliau tidak faham peraturan parti, sedangkan seorang ahli MT seharusnya hafal perlembagaan parti dari muka suraf pertama hingga terakhir.
“Yang dipersoalkan bukan perjuangannya, tapi tindakan memburukkan kepimpinan yang boleh dijadikan modal parti untuk menyerang UMNO.
“Sedangkan UMNO kini berada di landasan yang betul dan dalam usaha untuk bangkit selepas hilang kerajaan. Oleh itu, sebarang tindakan yang merugikan parti harus dielakkan terutama apabila membabitkan kepimpinan atasan.
“Kita boleh berbeza pandangan dan agama kita membenarkan untuk meraikan perbezaan pendapat, tapi ada batas dan sempadannya,” kata beliau.
Beliau berkata, suka atau tidak suka kepada Ahmad Zahid, Lokman harus mengakui dan terima bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ketua yang sedang mengepalai institusi Presiden sehingga pemilihan akan datang.
Katanya, tidak suka Ahmad Zahid bukanlah tiket untuk menyerang kredibiliti serta memfitnahnya.
“Lokman bukan orang politik kaki lima yang boleh bercakap dan bersuara sesuka hati. Bila penyokong menobatkannya sebagai orang perjuangan, dia sepatutnya tampil dengan sosok perjuangan yang penuh adab dan thomaninah.
“Mesti dia ingat sumpah setiap ahli MT pada mesyuarat pertama dulu,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan