Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan di Kajang, Sabtu lalu terpaksa dibatalkan selepas pihak mahkamah pada Jumaat memutuskan acara tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Kongres Maruah Melayu dibenarkan, sepatutnya perhimpunan ini jua dibenarkan.
“Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju tetapi ini adalah satu aspek Malaysia Baharu,” katanya semasa sidang media selepas menutup Program LIFT di sini hari ini.
Baca: Persidangan bantah Jawi batal, polis dapat perintah mahkamah
Tambah Guan Eng, perkembangan tersebut pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
“Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang kerana terdapat beberapa peristiwa terbaharu.
“Saya baru balik bertugas pada hari ini ada perkembangan terbaharu yang boleh dibincangkan dalam Kabinet. Saya akan bincangkan perkara ini di Kabinet,” tegasnya.
Guan Eng juga memberi amaran terhadap permainan talam dua muka oleh parti pembangkang di dalam isu tulisan jawi.
Jelasnya, ini adalah sesuatu yang tidak produktif serta menjejaskan keamanan negara.
“Parti pembangkang bersifat talam dua muka, kepada orang Melayu mereka tunjukkan sokongan kepada tulisan jawi tetapi kepada bukan Melayu mereka bantah tulisan jawi.
“Mereka ini tidak kiralah sama ada UMNO, Pas atau MCA. Ini amat bahaya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan