HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Disember 2019

Kem Anwar, Mahathir dalam Umno rosakkan parti, kata penganalisis

Budaya kem politik sudah lama wujud dalam Umno, iaitu sejak 
zaman kepimpinan Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan 
Musa Hitam sebelum ini lagi.
 
PETALING JAYA: Kewujudan kem Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno boleh menjejaskan keharmonian parti itu.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Syed Alsagoff berkata, meskipun kem 2 tokoh besar itu sudah menjadi budaya dalam landskap politik di negara ini sejak lama, namun ia bukanlah perkara yang positif.

“Kem Mahathir dan team Anwar (dalam Umno) memang dah wujud. Lebih-lebih lagi apabila Anwar disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri.

“Ini bukan sahaja ada dalam Umno, tetapi juga parti lain. Tidak dinafikan keadaan itu akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan ahli parti terbabit,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Menurutnya, budaya itu juga sudah lama wujud dalam Umno, iaitu sejak zaman kepimpinan Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam sebelum ini lagi.
Syed Aqil Syed Alsagoff.
Katanya, walaupun ia bukanlah suatu perkara yang positif, lebih-lebih lagi kerana Anwar dan Mahathir berada di luar Umno, namun mana-mana ahli berhak menyokong sesiapa sahaja, selagi perjuangan sebenar parti tidak diabaikan.

“Pada saya kita kena sokong pemimpin di tampuk pemerintahan dengan macam-macam cara sama ada nasihat, rundingan dan sebagainya bagi memastikan negara kekal aman dan maju. Itu yang penting, selain daripada itu ia adalah lobi semata-mata,” katanya.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, konsep kesetiaan politik boleh berubah-ubah mengikut pemimpin tertentu walaupun dari luar parti.

“Itu yang kita lihat pemimpin dalam parti tak beri sokongan kepada tokoh tertentu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat semakin keliru apabila melihat pemimpin bergaduh sesama sendiri.
Mohd Azizuddin Mohd Sani.
“Semakin bnyak pemimpin bergaduh sesama sendiri, semakin berpecah dalam parti dan semakin kelirulah rakyat.

“Kalau terus berlaku macam konteks negara luar rakyat akhirnya akan tolak politik, tapi dalam konteks negara Malaysia tidak pernah berlaku lagi setakat ini,” katanya.

Tiada ulasan: