HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Disember 2019

Hampir 68,000 tandatangan petisyen bantah mansuh elaun kritikal

Wartawan MalaysiaGazette
petition
Petisyen


KUALA LUMPUR – Petisyen membantah pemansuhan elaun kritikal bagi kakitangan perkhidmatan kesihatan yang dilancarkan kelmarin kini menghampiri sasaran 75,000 tandatangan.

Sehingga berita ini ditulis seramai 67,701 menyokong petisyen tersebut berikutan keputusan kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)  bagi  pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Baca: Pemansuhan elaun kritikal hanya babitkan pelantikan mulai 1 Januari 2020

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang melancarkan petisyen tersebut berkata, tindakan terbaharu itu memberi kesan kepada kakitangan muda yang bakal berhadapan dengan penurunan 15 peratus daripada gaji mereka.

Mereka yang terlibat adalah doktor, jururawat, ahli farmasi dan kakitangan dalam perkhidmatan pergigian.

Baca: Pemansuhan terpakai ke atas KKM dan semua 33 skim perkhidmatan awam… Aduuh! – Menteri

Petisyen itu juga membangkitkan persoalan mengapa perkhidmatan awam menjadikan kakitangan perkhidmatan kesihatan sebagai sasaran.

Petisyen tersebut menggunakan #justiceforourjuniors di pautan https://www.change.org/p/doctors-reinstate-the-critical-allowance-for-healthcare-staffs?recruiter=874860773&utm_source=share_petition&utm_medium=copylink&utm_campaign=share_petition&utm_term=petition_dashboard. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: