HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Disember 2019

Jangan terpedaya… Awas doktor palsu boleh didenda RM300,000 atau penjara 6 bulan



Sememangnya terlalu banyak penipuan yang berlaku pada zaman kini.

Bukan sahaja di internet, malah servis tertentu yang anda inginkan sebagai keperluan juga telah disalahgunakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan.

Antaranya doktor palsu di mana baru-baru ini terdapat seorang wanita bergelar nenek mengalami kerugian RM8,350 selepas terpedaya dengan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor.

Menurut laporan terdahulu, nenek tersebut dikatakan teruja untuk mendapat hadiah daripada seorang doktor, namun ia sebenarnya sindiket Love Scam.

Ia bukan perkara baru kerana terdapat beberapa sindiket Love Scam yang berlaku pada 2018.

Taktiknya sama, mereka akan memperdaya mangsa dalam kalangan wanita di laman sosial dengan menggunakan kata-kata manis selain menawarkan pelbagai hadiah kepada mangsa.


Namun sebelum itu, mereka akan meminta mangsa untuk membuat bayaran terlebih dulu sebelum sebuah bungkusan sampai di hadapan rumah.

Bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku, anda boleh menyemaknya melalui laman web khas yang disediakan.

Menurut Facebook rasmi Public Health Malaysia, anda boleh menyemak nama seseorang individu di laman Malaysian Medical Council iaitu http://mmc.gov.my

Di laman web tersebut, anda perlu memasukkan nama penuh, kelulusan universiti mana, lokasi praktikal dan nombor pendaftaran mereka.

Daripada situ, anda boleh mengenal pasti individu tersebut merupakan doktor yang sah ataupun tidak.
Jika anda dapat membuktikan yang doktor tersebut palsu, mereka boleh didenda RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: