Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
'Kita nak lihat ahli politik mana sokong pertubuhan rasis bantah Jawi'

BANGI– Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),
Haji Aminuddin Yahaya mengecam sikap pertubuhan rasis, Dong Zong yang tidak
habis-habis menentang sistem pendidikan kebangsaan.
Beliau
berkata, Dong Zong sekali lagi menyerlahkan sifat keangkuhan dan rasis mereka
apabila terus membuat kecoh dalam isu pembelajaran tulisan Jawi walaupun isu
ini telah reda dan dianggap ‘selesai’ selepas kerajaan bertolak ansur dengan
tuntutan mereka sebelum ini.
Bahkan
Aminuddin menegaskan, sikap Dong Zong yang mahu menganjurkan sebuah persidangan
yang mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan Cina di Malaysia bagi membantah
pembelajaran pengenalan tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat sahaja, jelas
bertentangan dengan semangat perpaduan kaum di negara ini.
“Tulisan
Jawi ada di merata tempat di kawasan awam, tidakkah bagus jika kita berikan
peluang kepada semua untuk sekurang-kurangnya mengenali? Jangankan isu Jawi
sahaja, banyak lagi perkara yang mereka cuba paksakan seperti agenda
pengiktirafan UEC,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sebelum
ini Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao
Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong dilaporkan akan
mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah
pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Selain
mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut
meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah
jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan
Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.
Mengecam
perkara itu, Aminuddin berkata tindakan sedemikian menghina kerajaan dan orang
Melayu kerana telah menuduh tulisan Jawi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah
termasuk yang berbaur kebencian dan Islamofobia.
Kata
beliau, tindakan kumpulan pendesak Cina itu sebenarnya menyuburkan budaya
hasut-menghasut dalam kalangan masyarakat Cina supaya membenci adat budaya dan
tradisi orang Melayu melalui isu tulisan Jawi.
“Masyarakat
Cina disaran tidak mengikut cadangan, keputusan dan arahan Dong Zong kerana
mereka tidak layak mewakili masyarakat Cina. Kita perlukan pertubuhan yang
sederhana dan sentiasa menjunjung keluhuran perlembagaan untuk mewakili
masyarakat Cina.
“Jika
persidangan ini berjaya dianjurkan, kita tunggu dan lihat, ahli-ahli politik
mana yang hadir memberikan sokongan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan