
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, Tun Mahathir Mohamad meminta perkara itu dilakukan segera bagi membolehkan segala maklumat dapat disemak semula sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kami di kabinet minta pihak yang berkenaan untuk mengambil alih PLUS supaya menyediakan butiran mengenai tawaran itu dikemukakan sekali lagi kepada PM.
“Ini penting kerana PM mahu menilai semula maka kami meminta kesemua lima syarikat yang mengemukakan tawaran (termasuk Widad Group dan TS Halim Saad) sertakan semula dengan bentangkannya.
“Tempoh masa itu tidak diputuskan setakat ini untuk selesai semak semula dan luluskan tawaran syarikat yang layak tapi inilah pengesyoran terakhir yang diminta PM sendiri,” katanya.
Terdahulu beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara malam ini.
Sebelum ini beberapa syarikat membuat tawaran untuk menguasai pegangan 51% kepentingan Khazanah Nasional Berhad dan 49% oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di dalam konsesi PLUS.
Setakat hari ini kerajaan telah menerima empat cadangan pengambilalihan PLUS.
Cadangan-cadangan tersebut ditawarkan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital, Widad Business Group dan Tan Sri Halim Saad.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan