
Peguam utama Khairul, Shaharudin Ali, berkata permohonan itu berdasarkan kes melibatkan Universiti Merdeka pada awal 1980-an, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan penggunaan bahasa Cina sebagai medium pengajaran melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Shaharudin berkata keputusan itu “mengikat Mahkamah Tinggi”, sambil menambah kes itu menunjukkan modul utama pengajaran di sekolah Malaysia mestilah bahasa kebangsaan.
“Bagaimanapun, adalah benar para pelajar bebas mempelajari bahasa lain sebagai subjek. Orang ramai juga bebas menggunakan mana-mana bahasa yang mereka suka di luar parameter ‘tujuan rasmi’,” katanya.
Khairul menamakan menteri pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 28 dan 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa utama di sekolah vernakular bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan awalnya ditolak Mahkamah Tinggi pada 11 Nov.
Hakim Besar Malaya menegaskan Parlimen menggubal undang-undang berkaitan pendidikan dan perkara yang berhubung dengannya.
Beliau berkata perkara yang dikemukakan Mohd Khairul perlu dimulakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya terus ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan