AYER KEROH: Angkatan Muda
Keadilan (AMK) menyerahkan kepada pihak polis susulan insiden kekecohan
yang berlaku sewaktu kongres sayap itu berlangsung di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Ketuanya, Akmal Nasir berkata, beliau kesal perkara itu terjadi kerana ia mengganggu kelancaran perbahasan dan sedikit sebanyak memburukkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku tunjang dalam Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, beliau akui kekecohan yang
berlaku hampir di luar kawalan memandangkan kehadiran ahli AMK yang
begitu ramai, sehingga ada yang tidak dibenarkan memasuki dewan
persidangan.
“Saya mengambil maklum terdapat kekecohan dan sedikit salah faham yang mungkin menimbulkan tolak menolak sedikit.

“Sebarang tindakan melibatkan fizikal kita serah pihak polis untuk
disiasat... kerana bagi pihak AMK, (perwakilan) kita berbahas dengan
baik,” katanya kepada sidang media selepas selesai separuh perjalanan
Kongres Nasional AMK 2019.
Kekecohan bermula apabila beberapa perwakilan mendakwa mereka tidak dapat masuk ke dalam kongres oleh pihak keselamatan, kerana tidak mempunyai tag dan pakaian yang bersesuaian.
Keadaan diburukkan lagi apabila sekumpulan remaja berbaju hitam, yang sudah sedia ada dalam dewan persidangan sejak awal, beramai-ramai keluar, sekali gus bertembung dengan kumpulan perwakilan tadi.
Selain tolak menolak, terdapat insiden tumbuk menumbuk dan membaling batu sehingga mengakibatkan pendarahan di bahagian kepala seorang ahli AMK.
Mengulas lanjut, Akmal berkata, beliau akan merujuk kepada pihak sekretariat mengenai identiti sebenar sekumpulan remaja berbaju hitam berkenaan dan bagaimana mereka dibenarkan berada dalam dewan persidangan sejak awal kongres berlangsung.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli, yang mendakwa Akmal menggunakan gangster, Akmal berkata, ketegasan pihak keselamatan terpaksa dipertingkatkan susulan cubaan perwakilan berkenaan merempuh masuk.
“Dengan cara masuk yang tidak ada adab, dan cuba melanggar keselamatan itu membahayakan perwakilan di dalam. Jadi atas sebab itu, pihak keselamatan itu kita harus puji,” katanya lagi.
BACA: "Bidap, tidak boleh dibiarkan" - Reaksi Anwar pada kekecohan Kongres Nasional AMK
BACA: Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli
BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Sementara itu, Perwakilan dari AMK Sabah, Razeef Rakimin berkata, sewajarnya perkara itu harus dielak memandangkan ia memberi imej yang amat buruk kepada parti pada pandangan masyarakat.
“Saya selaku perwakilan mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu yang cuba mencetuskan kekecohan sejawk awal congres berlangsung.
“Ini bukanlah cara PKR. Saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi dan minta setiap individu yang terbabit mengamalkan politik matang,” katanya lagi.
Perbahasan akan bersambung semula sebelah petang, sebelum acara penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan