KONGRES PKR | Suasana dewan di MITC Melaka pada hari terakhir Kongres PKR riuh apabila Naib Presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.
Kongres hari ini bermula tanpa kehadiran beberapa pimpinan utama termasuk Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita Haniza Talha.
Kehadiran Tian Chua mencuri tumpuan kerana beliau merupakan antara yang hadir bersama penyokong Azmin pada sidang media semalam menyatakan rasa tidak puas hati kerana melihat kongres menjadi medan mengkritik timbalan presiden.
Ketika mengambil alih pentas tengah hari ini, Tian Chua pada mulanya mendapat sorakan daripada hadirin yang menyifatkannya sebagai berjiwa besar.
Hadirin turut memberi reaksi sama ketika Tian Chua menyentuh soal jawatan perdana menteri.
Susulan itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim yang berada di pentas dilihat berdiri dari kerusinya untuk menenangkan keadaan.
Pengerusi tetap Ahmad Kassim kemudian mengingatkan para hadirin menghormati presiden.
"Ingat, tanpa usaha dan pengorbanan semua pihak (parti tidak akan berjaya). Jangan lupa mereka walaupun kita gaduh dan tak sependapat," katanya memetik beberepa nama pemimpin PKR lain termasuk Zuraida dan Naib Presiden Rafizi Ramli.
"Banyak kali tak sependapat tapi kongres ini tak boleh lupa sejarah," katanya.
Bukan soal pengganti PM, tapi penyokong makin fanatik
Tian
Chua juga berkata istilah "pengkhianat" yang digunakan beberapa
perwakilan dalam perbahasan kongres semalam tidak sewajarnya digunakan.
"(Tetapi tidak wajar) menganggap kita pengkhianat kerana kita telah berkorban dan menyumbang selama 20 tahun untuk parti. (Hanya) kerana tak sependapat dalam beberapa perkara.
"Saya ingin tegaskan lagi, kini rakyat meneliti adakah PKR layak menjadi parti pemerintah. Kelayakan ini bukan melalui sorakan.
"Kelayakan ini harus kita lihat bagaimana kita membentuk parti yang bersatu. Parti yang boleh menjadi inklusif meskipun terdapat pelbagai pandangan," katanya.
Bekas ahli parlimen Batu itu juga mengingatkan bahawa isu sebenar yang dihadapi PKR bukan tentang pengganti perdana menteri.
"Mereka akan jadi lebih taksub. Itulah bahayanya bagi parti kita sebagai parti pemerintah. Ini bukan sebab Anwar. Lepas Anwar akan ada perdana menteri dan presiden lagi.
"Kalau nak jadikan parti yang akan sokong pemimpin tanpa persoalan ia terpulang kepada Anwar.
Boleh anda cuba dan tenggelamkan suara saya tapi tetap saya akan bersuara pertahankan kesucian prinsip perjuangan parti," katanya.
Saya tak perlu angkat banner
untuk tunjuk kesetiaan saya, untuk tunjuk sokongan saya Anwar jadi
perdana menteri," tegasnya, merujuk kepada hadirin yang bersorak sambil
mengangkat plakad tertera 'Anwar PM ke-8'.
Tian Chua dilihat bersalaman dengan Anwar selepas selesai berucap.
Sementara
itu Anwar yang mengambil alih pentas untuk menyampaikan ucapan
penggulungannya tidak lama selepas itu, menggunakan kesempatan itu untuk
memuji Tian Chua sebagai "perunding".
"Tian Chua ni
kadang-kadang kenyataan dia disalah faham. Dia ni pakar perunding. Kalau
ada masalah, dia berunding. Silap-silap berunding, dua-dua pihak marah
dia, hentam dia.
"Tapi saya - tidak. Saya rasakan ada peranan peranan (yang boleh dimainkan oleh) kawan-kawan yg setia," katanya.
Mengulas
lanjut, ahli parlimen Port Dickson itu menjelaskan beliau menghargai
jasa dan peranan dimainkan oleh Tian - susuk yang lazim kelihatan sejak
zaman Reformasi kira-kira 20 tahun lalu.
"Saya beritahu
Tian Chua - walaupun saya tahu peritnya, memang tegang dia hari ni....
tapi saya hormat dia sebagai sahabat dan pejuang reformis. Saya tidak
pertikai," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan