MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 13 Mac 2020
Dr Mahathir: DAP berubah, tapi PAS amat mengecewakan
MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah "berubah" dan “tone down permintaan” berdasarkan realiti politik.
"Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah,” kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang diterbitkan hari ini.
Katanya, sebelum ini DAP adalah Cina tetapi sekarang dalam DAP pun ramai pemimpin dan anggota Melayu.
“Mereka juga harus sedar bahawa tanpa Melayu, mereka tidak boleh menang. Jadi dia sudah tone down permintaan mereka.
“Malah, apabila kita kata tidak mahu menerima Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun DAP mendesak, akhirnya mereka akur.
“Banyak lagi dasar-dasar DAP dulu yang sudah diketepikan, jadi itu bukan persepsi saya sahaja.
“Apabila
kita dekat dengan orang, baru kita tahu apa sebenarnya pendirian mereka
dan saya dapati ramai daripada DAP sedar bahawa tanpa sokongan Melayu
mereka tidak boleh berjaya,” katanya.
Mengenai PAS, Dr Mahathir
berkata penggunaan Islam sebagai alat politik adalah satu perkara tidak
baik yang akan memecahbelahkan perpaduan ummah.
“Walaupun mereka
sokong saya tetapi saya tidak berpuas hati kerana sehingga sekarang ini
mereka tidak gugurkan pendapat bahawa orang bukan PAS tidak Islam.
“Inilah kekecewaan saya dengan kepimpinan PAS,” kata Mahathir.
Beliau
menambah bahawa PAS juga mengkhianati beliau dengan pada mulanya
menyokong dirinya untuk terus menjadi perdana menteri tetapi akhirnya
menyokong Muhyiddin Yassin.
“Jadi apa maknanya dengan apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat. Ini amat mengecewakan.
“Mereka
sendiri tidak berpegang dengan ajaran agama Islam. Apabila kita membuat
janji maka kita perlu tunaikan janji,” kata Mahathir.
Sebelum
"Langkah Sheraton" pada 23 Februari lalu, terdapat spekulasi yang
bertiup kencang bahawa Umno akan menjalinkan hubungan bersama Bersatu.
Ketika
itu, PAS berikrar akan membentangkan usul percaya untuk menyokong
Mahathir sebagai perdana menteri untuk penggal penuh PRU-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan