KUALA LUMPUR – Topeng muka pada ketika ini mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Lebih-lebih pula selepas kerajaan
menyarankan ia digunakan oleh orang awam sebagai pencegahan Covid-19
yang kini disahkan memasuki gelombang kedua di negara ini.
Bagamanapun sebenarnya kebanyakan farmasi terutama di Lembah Klang sudah kehabisan stok topeng muka sejak sebulan lalu lagi.
Seorang jurujual farmasi, Yong Yen Yen,
27, berpendapat, kekurangan bekalan mungkin disebabkan oleh masih ada
pengilang yang mengeksport keluar topeng muka.
“Bekalan topeng muka sudah tiada sejak
sebulan lebih, kami ada buat tempahan tapi pengeluar atau pemborong bagi
harga pun sekarang terlalu tinggi, pemborong pun mungkin eksport ke
luar negara masih sebab itu kami susah nak dapat,” katanya ketika
ditemui MalaysiaGazette hari ini.
Seorang lagi jurujual mendakwa meskipun
sebelum ini pengilang berkata bekalan akan kembali normal pada Mac namun
sehingga kini ia tidak menjadi kenyataan.
“Topeng muka tiada stok lebih kurang selepas perayaan Tahun Baru Cina sejak Febuari tiada stok sampai sekarang. Sekarang pengeluar kata Mac akan dapat bekalan tetapi sampai sekarang masih tiada lagi,” kata Ru Shan, 28.
Perkara yang sama menurut Cheng Weng Kan,
25, pula juga berpunca daripada pengeluar yang berkemungkinan
menumpukan pembekalan topeng muka di hospital yang merupakan kawasan
tumpuan pesakit.
“Sekarang sebab kita ada active cases
di hospital jadi saya percaya pengilang akan bekalkan kepada hospital
terlebih dahulu, itu yang keutamaan mereka selepas itu baru kita akan
terima, jadi ambil masa sikit untuk pihak farmasi,” kata jurujual di
sebuah farmasi.
Justeru beliau berharap agar
penambahbaikan terus dilaksanakan iaitu memastikan pengilang topeng muka
dapat meningkatkan jumlah keluaran topeng muka setiap hari agar dapat
memenuhi permintaan semasa.
“Sudah tentu kalau mereka boleh tambah baik pengeluaran, itu terbaik,” katanya.
Ditanya tentang bagaimana pihak farmasi
meletakkan harga, tiga premis yang dikunjungi MalaysiaGazette didapati
tidak menaikkan harga sebaliknya sentiasa akur ketetapan yang dibuat
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini.
Namun tidak dinafikan ia harganya akan
naik sekiranya ada pengilang yang meletakkan harga tinggi kepada
pemborong dan peruncit kerana permintaan yang tinggi. -MalaysiGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan