Malah presidennya Adnan Mat berkata, ada juga situasi yang mana segelintir kakitangan yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji akibat Covid-19 sangat menyedihkan.
“Iaitu bank perlu pertimbang dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman serta membuat penstrukturan semula pinjaman sehingga wabak ini selesai dan mereka kembali dibayar.
“CUEPACS juga memohon supaya kerajaan melihat segera akan inisiatif yang pelru kepada semua penjawat awam yang berada di hadapan seperti di pintu masuk negara selain petugas di tempat awam serta keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu dalam kenyataan sama beliau menyatakan sokongan kepada perkara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan tentang wabak Covid-19 dan berterima kasih atas keprihatinannya.
Justeru beliau mengakui pihaknya prihatin akan peningkatan Covid-19 yang sudah tentu memberi kesan kepada semua pihak seperti industri kecil dan sederhana, sektor pelancongan dan industri yang berurusan dengan China yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada perolehan syarikat dan pendapatan keluarha pekerja serta rakyat.
“Sehubungan itu CUEPACS juga memohon supaya kerajaan melihat segera inisiatif yang perlu kepada semua penjawat awam secara serius selepas ini dan mencadangkan supaya kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya kepada ibu bapa penjawat awam iaitu kemudahan cuti kuarantin sebagaimana surat pekeliling bilangan 11 Tahun 2016 dengan memasukkan Covid-19 sebagai penyakit berjangkit dalam pekeliling tersebut atau mana mana penyakit berjangkit dari masa ke semasa,” ujarnya.
Adnan Mat turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam menangani Covid-19.
“Diharap mereka bersabar dan tekun dalam menjalankan tugas masing-masing untuk memerangi pandemik bahaya itu.
“CUEPACS akui akan kesusahan yang sedang mereka lalui dan tiada sebarang rungutan diterima walaupun bertugas dalam keadaan masa yang tidak menentu.
“Disamping kami mengalu-alukan tindakan Kementerian Kesihatan merekrut 1000 doktor pelatih untuk membantu mengurangkan beban kerja yang dihadapi warga kerja sedia ada dan menyeru kerajaan memastikan segala keperluan mereka mencukupi dalam menghadapi pandemik itu,’ tegasnya.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan