Melalui hantaran di facebooknya, beliau bertanya kepada golongan yang menggunakan hujah itu adakah mereka pengunjung tegar kelab malam hingga memerlukan arahan supaya tempat-tempat itu ditutup.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Saya bertanya: “Sebagai muslim, apakah saudara pengunjung kelab malam sehingga perlukan arahan supaya jangan kunjung pada masa ini? Apakah jika tiada virus maka saudara pengunjung tegar kelab malam? Apakah saudara mahu dikeluarkan arahan ‘jangan kunjung kelab malam pada masa ini? Ertinya, selepas ini boleh? Atau saudara pengurus kebajikan ahli kelab malam?
Dangkal…
Kelab malam dan pusat hiburan ada bidang kuasa pihak yang lain. Di Perlis alhamdulillah tiada kelab malam.
Adapun, hukum datang ke masjid itu antara wajib dan sunat. Umat Islam mengunjungi masjid atas titah perintah agama.
Jika mahu menahan kehadiran mereka ke masjid atas menjaga kemaslahatan dan pencegahan kemafsadatan (kebinasaan) memerlukan alasan dan penjelasan agama.
Oleh kerana itu, pihak berkuasa agama perlu bersidang dan merumuskan pandangan hukum.
Tempat-tempat lain semuanya telah Pihak Kerajaan arahkan menangguh segala perhimpunan sehingga hujung bulan April.
Maka wajib taat kepada pemerintah dalam hal seperti itu. Adapun pentadbiran institusi agama di bawah pihak berkuasa agama setiap negeri.
Bagi tujuan memelihara keselamatan Umat Islam, hampir seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa menghentikan Solat Jemaah dan Solat Jumaat. Anda mungkin ketinggalan pengetahuan.
Kita mungkin jujur memberikan pendapat tapi kena berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan. Kita mungkin ingin menzahirkan kepandaian tapi jangan sampai kelihatan sangat ‘tidak pandai’. – SM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan