KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mengemukakan enam tuntutan kepada Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keenam-enam tuntutan itu demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.
PN juga dituntut agar menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah Tabung Haji, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Demi memenuhi prinsip Rule of Law yang sebenar, UMNO mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion.
“Keempat, menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota bomba, Allahyarham Adib,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini.
Dalam pada itu, UMNO turut menuntut agar kerajaan membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Zahid berkata penubuhan IPCMC itu sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis DiRaja Malaysia.
Terakhir, UMNO menuntut agar kerajaan membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan