Abd Hadi Che Awang
Abdul
Hadi berkata setakat ini sebarang pengesahan mengenai pembahagian
kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat dibuat. - Gambar
fail/
Astro AWANI
ALOR SETAR:
Keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi membabitkan Pas dan UMNO
melalui Muafakat Nasional (MN) serta Pas dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) masih belum
dapat dimuktamadkan selagi tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU-15) tidak diumumkan.
Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, setakat ini sebarang pengesahan
mengenai pembahagian kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat
dibuat kerana pertukaran serta perubahan masih boleh dilakukan sebelum
tarikh sebenar dimuktamadkan kelak.
"Pilihan raya tidak tahu lagi bila, tahu pilihan raya barulah kita dapat selesaikan, InsyaAllah bila tahu pilihan raya kita akan dapat tentukan (pembahagian kerusi).
"Perkara itu boleh berubah, saya tidak boleh beritahu sekarang, boleh adjust
(ubah) lagi mana perlu, tukar tukar sini mana perlu, belum muktamad
lagi, tetapi kita buat keputusan (untuk) serah (proses perundingan
pembahagian kerusi) kepada (Pas) Pusat," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Duta Khas
Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan MUDA, di Ibu
Pejabat MADA, Ampang Jajar, pada Isnin.
Dalam
perkembangan sama, Abdul Hadi menegaskan bahawa perlaksanaan Pilihan
Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat amat tidak sesuai terutama ketika
negara menghadapi penularan wabak COVID-19 dan bencana banjir di
beberapa negeri.
"Time (waktu) ini tidak
wajar, masih ada (kes-kes berkaitan) COVID, banjir (pula) tidak tahu
lagi hendak atasi, mangsa banjir pun tidak (dapat) selesai (masalah
mereka) lagi, biar selesai semua (perkara ini) baru boleh kita fikir
(untuk adakan) pilihan raya," katanya lagi.
Sabtu
lalu, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz memaklumkan bahawa UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi
bersama Pas dan akan bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen
dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ahli
Parlimen Padang Rengas itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan telah
diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang
memaklumkan bahawa UMNO akan bertanding sebanyak 96 kerusi pada PRU15.
Nazri
berkata, UMNO juga tidak akan memberi ruang kepada Bersatu untuk
bertanding di kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU14 lalu.
Terdahulu,
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan
rundingan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara
parti gabungan Muafakat Nasional (MN) sudah mencapai konsensus melebihi
50 peratus setakat ini.
Menurutnya, rundingan masih berjalan bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU15 antara rakan gabungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan