Harits Asyraf Hasnan
Mereka
yang tidak bersetuju ini kebanyakkannya memberi alasan bimbang
COVID-19
akan semakin menular mengambil iktibar apa yang berlaku pada
Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar disegerakan atas alasan untuk memulihkan ekonomi negara.
Itu pandangan majoriti yang dikongsikan oleh 74,699 responden menerusi tinjauan pendapat di tiga laman sosial Astro AWANI meliputi Twitter, Telegram dan YouTube.
Tinjauan
ini dilakukan susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi yang menyifatkan kerajaan yang stabil adalah penting dalam
memulihkan ekonomi negara terutama dalam menarik dan mengekalkan
pelaburan langsung asing (FDI).
Sejumlah 44,948 responden meliputi 60 peratus menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid itu.
Mereka
yang tidak bersetuju ini kebanyakannya bimbang COVID-19 akan semakin
menular selepas mengambil iktibar apa yang berlaku pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.
"Pulihkan
ekonomi setuju, tapi mengadakan PRU15 tak setuju. Tak nampak ke hari ini
kes berterabur? Masih lagi nak mengadakan PRU15?
"Tak
ambil iktibar ke dari PRN Sabah? Kalau rasa macam nak kes berterabur di
seluruh Malaysia sehingga tiada zon hijau, dipersilakan untuk buat PRU
sekarang," memetik pandangan yang diutarakan oleh Zulqarnain Shaiful
Bahrin menerusi ruang komen di Telegram Astro AWANI.
Pemilik akaun dikenali sebagai Funky Diva berpandangan, ada pelbagai cara lain untuk memulihkan ekonomi.
"Banyak cara lain lagi untuk pulihkan ekonomi! PRU mendatangkan bala," katanya.
Sementara
pemilik akaun Najib Faik pula akui, sekiranya semua Ahli Parlimen
memberi sokongan kepada kerajaan sekarang, sudah tentu ekonomi akan
berjaya dipulihkan.
"Kalau semua Ahli
Parlimen bagi sokongan dekat kerajaan sekarang, mesti ekonomi akan
pulih.
Masalahnya mereka yang gila kuasa, lepas itu nak bagi alasan kena
buat PRU untuk pulihkan ekonomi," luahnya.
Dalam pada itu, 16,628 responden merangkumi 22 peratus memilih opsyen tidak peduli.
Sementara 18 peratus, bersamaan 13,123 responden memilih bersetuju dengan cadangan Ahmad Zahid itu.
"Setuju
teramatlah sangat. Sekurang-kurangnya, PRU akan memberi kerajaan baharu
dengan mandat baharu, tidak kira siapa yang menang kerana ketika ini
kerajaan yang tidak dipilih ini 'hilang hala tuju'," kata pemilik akaun
Twitter, Afiq.
Pada
sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Bagan Datuk pada Ahad, Ahmad Zahid akui kebimbangan ramai pihak mengenai
risiko jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun,
beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai prosedur operasi
standard (SOP) yang dicadangkan mengikut piawaian ditetapkan Kementerian
Kesihatan sepanjang PRU-15 diadakan.
Katanya,
lebih 30 negara sudah mengadakan pilihan raya sepanjang pandemik
COVID-19 dengan terakhir ialah pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang
diadakan dengan SOP ketat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan