Nickyson Nyambar
Tegas
Tengku Razaleigh Hamzah, segelintir ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu atau UMNO terlampau memberi tumpuan kepada isu perebutan jawatan
sehinggakan menutup pintu untuk peluang baharu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR :
Pemimpin UMNO dilihat terlampau memikirkan diri sehingga tidak membuka
peluang untuk orang lain terlibat dalam memegang jawatan dalam barisan
kepimpinan negara khasnya kepada golongan muda.
Menurut
Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah, sifat eksklusiviti ini tidak
seharusnya digarap kerana ianya akan menutup peluang untuk sebarang
pembaharuan.
“Nampaknya, UMNO ini terlalu eksklusif. Banyak pemimpin dalam UMNO hanya memikirkan untuk diri mereka.
“Maaf
kerana menyentuh hal ini. Ini bukan pendapat saya seorang. Malah orang
luar juga berpendapat begitu,” katanya dalam satu temu bual eksklusif
bersama Astro AWANI pada Isnin.
Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri'
Tambahnya, sikap mementingkan diri ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya, melibatkan perebutan jawatan dalam kalangan ahli.
“Semua ingin menjadi menteri, semua ingin menjadi orang kanan. (Mereka) Tidak mahu buka peluang kepada orang lain.
“Ekslusiviti ini bukan sahaja untuk tempat, peranan tetapi juga kebendaan.
“Materialistic gain yang mereka berebut-rebut, terkejar-kejar, inilah perkara yang dipandang rendah oleh masyarakat umum,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Perspektif, Astro AWANI pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan