HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Januari 2021

Pas tangguh semua program parti di Perlis

Bernama
Pas tangguh semua program parti di Perlis
MOHD SHUKRI: Arahan ini berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang 
akan dimaklumkan kelak. - Facebook Mohd Shukri Ramli
 
KANGAR: Pas Perlis mengarahkan penangguhan program-program parti di negeri ini berkuat kuasa esok berikutan peningkatan kes COVID-19.
 
Pesuruhjaya Pas Perlis Mohd Shukri Ramli berkata arahan berkenaan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.
 
"Tindakan ini bagi membantu membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
 
"Justeru itu, ahli Pas di seluruh peringkat di negeri ini diminta mematuhi arahan ini yang berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
 
Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini, dan semalam sebanyak 16 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 114 kes.-- BERNAMA

Tiada ulasan: