Wan Syamsul Amly
Dr
Achmad berkata, Ahmad Zahid juga seakan-akan bingung dengan konsep
jajaran serta pergerakan politik parti itu sendiri pada masa hadapan. -
Gambar
fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini disifatkan masih
bingung dan tiada arah dalam menafsir corak pimpinannya sendiri kepada
parti.
Felo Penyelidik Institut
Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr
Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, Ahmad Zahid juga seakan-akan
bingung dengan konsep jajaran serta pergerakan politik parti itu sendiri
pada masa hadapan.
"Kalau
hendak melihat kepada apa yang dibuat Perikatan Nasional (PN) dalam
merancang, merencana strategi atau perancangan serta mengadakan
persiapan berhadapan Piihan Raya Umum (PRU), kita kena akui PN berada di
depan.
"Kita hendak lihat gerak kerja atau strategi UMNO, hari ini kita lihat bahawa UMNO sedang berhadapan krisis identiti.
"Kita
lihat dalam UMNO ada golongan terbuka menyatakan bahawa mereka sedia
bergerak solo, ada golongan yang mahu jalinkan kerjasama dengan parti di
dalam PN dan ada satu pihak lagi diam-diam memberi sokongan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan PKR," katanya semasa dihubungi pada
Isnin.
Dr Achmad Dzariean berkata demikian ketika mengulas pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Selangor baru-baru ini.
Pengerusi
BPN PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengumumkan
pembentukan struktur organisasinya untuk menjana kekuatan baharu dan
memperkukuhkan keyakinan rakyat.
Menurutnya,
PN Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti komponennya
untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di negeri
berkenaan.
Dalam pada itu kata Dr Achmad Dzariean, apabila keadaan ini berlaku, UMNO membutikan mereka berhadapan krisis identiti.
"Pada
ketika ini kita tidak tahu apa yang UMNO mahukan, adakah mereka hendak
menjalinkan kerjasama parti dengan PN, bergerak solo atau menjalinkan
kerjasama bersama PKR dan DAP?
"Sungguhpun
kita tahu ada usul untuk Perhimpunan Agung UMNO iaitu tiada kerjasama
dengan PKR dan DAP tetapi parti kena mengambil kira pandangan Ahmad
Zahid, UMNO perlu jajaran politik baharu.
"Namun kita tidak tahu apa maksudnya, adakah Ahmad Zahid hendak DAP, PKR atau bergerak dengan parti di dalam PN atau solo?
"Apakah
sebenarnya jajaran politik baharu ini, kita tidak nampak mereka
bersedia hendak berhadapan pada PRU akan datang," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan