Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini merupakan penglibatan sulung Gerakan di peringkat negeri selepas pengumuman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyertaannya sebagai parti anggota Perikatan Nasional pada 11 Februari 2021.
“Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Selangor juga sebulat suara melantik Datuk Ang Chin Tat, Pengerusi Gerakan Selangor sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor selain Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor.
“Penyertaan Gerakan ke dalam Perikatan Nasional adalah amat signifikan untuk memperkukuh citra Perikatan Nasional dan membuktikan dasar Perikatan Nasional yang inklusif dan meraikan kepelbagaian.
“Saya yakin dasar ini akan memperkukuh usaha Perikatan Nasional untuk
menggembleng penyertaan dan dukungan rakyat khususnya generasi
milenial.
“Perikatan Nasional juga beriltizam untuk mendakap paradigma baru dalam perjuangan rakyat dan menyuntik dinamisme baru kepada politik yang berteraskan nilai,” katanya dalam kenyataan.
Azmin berkata, PN Selangor akan memberikan fokus kepada usaha merencana dan melaksanakan dasar dan kebijakan demi menghasilkan kemakmuran serta keadilan sosial.
Katanya, sebagai sebuah kerjasama politik, Perikatan Nasional bertekad untuk memartabatkan jati diri bangsa Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan agama sebagai kesatuan yang utuh dan dinamik.
“Justeru, Badan Perhubungan Negeri Selangor mengambil ketetapan untuk
memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada dan melangkah maju sebagai satu
kekuatan dalam PRU-15 dan pasca pilihan raya untuk membentuk Kerajaan
yang utuh dan stabil dengan penyertaan parti-parti anggota yang lebih
unggul dan peranan yang dinamik,” katanya. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan