Abd Razak Mohd Ali
Mohd
Ariff Abdul Majid berkata, pendirian Datuk Saarani Mohamad
dalam
mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi parti itu
pada
Pilihan Raya Umum ke-15 bukanlah perkara baharu.
IPOH:
Pergerakan Pemuda UMNO Perak menyokong penuh pendirian konsisten
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam mengekalkan status quo
kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU-15).
Ketuanya, Mohd Ariff Abdul
Majid berkata, pendirian itu bukanlah perkara baharu, sebaliknya telah
beberapa kali dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak
itu.
“Isu
ini telah dinyatakan beberapa kali sebelum ini di mana UMNO akan kekal
bertanding di setiap kerusi yang dimenangi UMNO dalam pilihan raya yang
lalu termasuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang
melompat keluar.
“Pendirian ini jelas
memandangkan UMNO bukanlah sebahagian daripada komponen Perikatan
Nasional dan masih kekal sebagai rakan komponen Barisan Nasional bersama
MCA dan MIC,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saarani dalam wawancara bersama akhbar Sinar Harian
pada Ahad memberi kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada
PRU14.
Menurut Saarani, pihaknya tidak
akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada PRU15 akan datang.
Ketegasan
Saarani itu mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada beberapa
pemimpin Bersatu termasuk bekas Ketua Armada Negeri Perak, Mohd Hafiz
Mubin Mohd Salleh.
Mohd Ariff berkata,
UMNO tidak pernah memungkiri janji yang telah disepakati bersama Pas di
dalam Muafakat Nasional untuk memberi laluan kepada kerusi yang
dimenangi PAS dalam PRU yang lalu bagi mengelakkan pertembungan tiga
penjuru.
Justeru itu, beliau berharap agar Mohd Hafiz lebih memahami konteks kerjasama yang dimeterai kini di antara UMNO dan PPBM.
“UMNO
sentiasa konsisten dalam melibatkan parti Bersatu di dalam sebarang
keputusan pentadbiran kerajaan negeri Perak, tanpa ada sebarang helah
atau muslihat tertentu.
“Sudah tentu ia
berbeza dengan pentadbiran sebelum ini dimana terdapat banyak keputusan
yang dibuat membelakangi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak termasuk
soal pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada ketika itu,”
ujarnya.
Menurutnya, itu membuktikan
bahawa UMNO sentiasa berlapang dada dan tidak pernah menyimpan dendam
walaupun tindakan PPBM sebelum ini yang terlibat secara langsung dalam
tindakan ADUN atau Ahli Parlimen UMNO yang melompat keluar parti.
Oleh
yang demikian, beliau turut berharap agar kekeliruan itu dapat difahami
dengan jelas oleh Mohd Hafiz agar lebih meneliti konteks kerjasama yang
terjalin kini.
Katanya, UMNO tidak
pernah sesekali meminta sesuatu yang bukan menjadi milik parti itu serta
berbesar hati untuk memberi ruang kepada PPBM kekal bertanding di dua
kerusi yang dimenangi pada PRU14 lalu.
Selain
itu juga, UMNO sentiasa terbuka untuk terus bekerjasama dalam apa juga
bentuk yang meletakkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air sebagai
teras utama perjuangan.
“Namun begitu ia
harus disulami dengan nilai keikhlasan dan kejujuran sebagai akar utama
penyatuan dan tidaklah sekadar diungkapkan dengan kata-kata,” tambahnya
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan