Hilmi Malik
Zahid
berkata, pemilihan beliau sebagai presiden adalah berlandaskan proses
demokrasi dan perkara itu perlu dihormati. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kesemua jawatan dalam UMNO termasuk presiden akan dibuka untuk
dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini, kata Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu
berkata, keputusan berkenaan dibuat untuk membuktikan beliau dan
kepimpinan UMNO menerima serta mengamalkan proses demokrasi bagi
pemilihan barisan pemimpin.
“Jika sebelum ini sewaktu kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dua jawatan penting dalam parti tidak dipertandingkan.
“Apabila
saya ambil alih jawatan presiden, saya telah bawa perkara ini kepada
Majlis Tertinggi (MT) dan memutuskan segala jawatan termasuk presiden
terbuka untuk dipertandingkan.
“Jika
kali ini lebih ramai yang ingin bertanding bagi jawatan presiden maka
itu lebih baik ia akan lebih meriah,” katanya ketika temu bual program
‘Terus Terang’ anjuran NR Channel pada Rabu.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengulas berhubung tekanan terhadapnya supaya melepaskan jawatan selaku presiden parti.
Ujar Zahid, pemilihan beliau adalah berlandaskan proses demokrasi dan perkara itu perlu dihormati.
Baru-baru
ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan
Perhimpunan Agung UMNO 2020 akan tetap diteruskan secara maya sekiranya
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perintah darurat
masih berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan