HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Februari 2021

Siapa di sebalik perubahan Rina Harun?

1043511
Penampilan Rina Mohd. Harun menjadi trending di media sosial awal minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun tiba-tiba menjadi trending di media sosial sejak awal minggu lalu.

Sampaikan netizen yang tidak mengenalinya sebelum ini kagum dengan penampilan baharunya dengan fizikal tubuh semakin langsing berbanding ketika mula menjadi menteri Kabinet dua tahun lalu.

Tidak dapat dinafikan, gambar beliau menggayakan baju kurung Pahang berwarna biru turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata merasakan busana itu menyerlahkan lagi penampilannya sebagai wanita yang elegan dan anggun.

Pasti ramai yang ingin mengetahui individu mana yang yang bertanggungjawab di sebalik penampilan Rina itu sama ada daripada solekan atau pun busananya.
148897106_2871443169849229_4351604319159238381_o
Saidatulnisa Aminuddin (kiri) dan Man Kajang (kanan) 
bersama Rina Mohd. Harun.
Mereka adalah jurusolek artis terkenal, Saidatulnisa Aminuddin dan pereka fesyen Man Kajang yang cukup terkenal dalam menghasilkan busana tradisional dan perkahwinan.

Man atau nama sebenarnya Othman Abdullah memberitahu, dia diperkenalkan kepada Rina oleh Saidatulnisa yang juga kakak kepada penyanyi Ella baru-baru ini selepas menteri itu menyatakan minat untuk memakai rekaannya.

“Alhamdulilah settle kerja utk YB @rinaharunofficial utk profile beliau tq having me bersama makeup artis@saidatulnisaaminuddin foto cantik letup nanti drp @blackpepperproduction nantikan hasil kerja kami yg mengubah sisi anggun YB,” tulis Man Kajang di Facebook miliknya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: