KUALA LUMPUR – Gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang membuat gesaan tersebut.
Itu komen Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan terhadap kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mahu UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu Jumaat lepas.
“Saya perhati seorang ahli MPT sebuah parti ini seolah-olah ada assignment untuk mempersoal dan menyerang UMNO secara terbuka.
“Sudah beberapa kenyataan mutakhir dia yang tak henti-henti menyentuh UMNO. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri. Terkini, individu ini menggesa UMNO untuk mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurut Shahril, jika UMNO mahu mengumumkan sebarang keputusan, ia akan dilakukan mengikut waktu dan garis masanya yang ditentukan mereka sendiri.
“Sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang dari Presiden atau Setiausaha Agung,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan