Ridauddin Daud
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha Muafakat Nasional harus
diteruskan pada masa depan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Selepas bebeberapa ketika Muafakat Nasional (MN) tidak disebut atau
dibincangkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
usaha tersebut harus diteruskan pada masa depan.
Menurut
beliau, hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak
tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan
mereka malah hubungan UMNO dan Pas masih lagi baik.
Bahkan,
beliau turut berkongsi cerita mengenai ilham untuk menjalinkan semula
kerjasama antara kedua-dua parti telah wujud sejak tahun 1998 lagi.
“Selepas
saya mendapat "ijazah" Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), saya
bertemu pemimpin Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din ketika itu.
“Allahyarham
Tuan Guru waktu itu merupakan Ketua Penerangan PAS. Saya masih ingat
kata-kata Allahyarham Datuk Dr Haron Din kepada saya.
“Beliau
menyatakan betapa hasratnya melihat UMNO dan Pas dapat berkongsi fikrah
antara satu sama lain meskipun walau tidak bergabung sebagai sebuah
parti suatu hari nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.
Tambahnya,
beliau secara peribadi menganggap hasrat itu sebagai wasiat Allahyarham
dan beliau bersyukur wasiat itu dapat ditunaikan melalui pemeteraian
Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019.
“Saya
masih ingat menjadi Presiden UMNO yang berkunjung ke pusat perkhidmatan
Presiden Pas di Rusila dan menghadiri Muktamar Sanawi PAS di Gong
Badak.
“Usaha mewujudkan kerjasama UMNO dan Pas pasca PRU14 ini turut dijayakan oleh kepimpinan tertinggi yang lain kedua-dua parti.
“Saya
fikir kerjasama ini perlu diteruskan UMNO dan Pas kerana ia terbukti
memberi impak positif dan Insya-Allah hubungan fikrah ini akan terus
rapat dan dekat,” ujarnya.
Tegasnya,
Barisan Nasional (BN) akan terus diperkasakan dan dalam masa sama
mengukuhkan kerjasama dengan pihak yang jujur dan ikhlas untuk
bekerjasama.
Beliau mengeluarkan
kenyataan sedemikian susulan ramai pihak tertanya-tanya mengenai status
MN apatah lagi selepas Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) dan UMNO
tidak pula berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan