HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Mei 2021

Baru selesai solat Maghrib Zahid dah main sentimen benci kerajaan

AGENDA DAILY

Berimej 'ulama' dengan memakai jubah, Zahid Hamidi terus memainkan sentimen kebencian terhadap kerajaan Malaysia sekarang.

 

Baru beberapa minit selesai menunaikan solat Maghrib malam ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memainkan lagi sentimen kebencian terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah Malaysia sekarang.

Dengan berimej jubah mengangkat tangan berdoa dalam gambar ucapan menyambut Ramadan, Zahid dalam kiriman Facebooknya jam 7.57 malam tadi, mendakwa kononnya rakyat terkilan terhadap kerajaan sekarang yang disebutnya ‘sang penguasa’.

Zahid tidak menyebut satu persatu rasa terkilan itu, tetapi beliau merujuk kepada ketetapan dibuat kerajaan sebelum sambutan Aidilfitri baru-baru ini yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

“Rasa terkilan yang amat gara-gara ketetapan sang penguasa pada sambutan Aidilfitri kali ini. Jangan salah faham. Sebilangan besar rakyat akur arahan. Kita sedari Covid-19 kian memburuk,” katanya.

Namun, Zahid mendakwa kononnya rakyat terkilan bukan kerana tidak dapat menziarahi ibu bapa di kampung atau meraikan Aidilfitri bersama keluarga, sebaliknya kerana kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Zahid terus memainkan sentimen dengan mendakwa rakyat telah diberi harapan palsu sedangkan perkara pokok ialah mengenai kisah sebuah kegagalan.

“Mereka (rakyat) terkilan kerana kegagalan sang penguasa yang memegang tampuk pentadbiran negara. Kegagalan sang penguasa menangani peningkatan kes Covid-19 apatah memberi harapan “pelesu”,” katanya.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional (BN), kini menghadapi 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, selepas BN tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 dan 2 Julai untuk pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah secara lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan itu atau memerintahnya membela diri.

Sebelum ini, penyelidik bebas – Merdeka Center – dalam satu tinjauan mendapati sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tonggak kerajaan PN, meningkat kepada 83 peratus, malah popularitinya di kalangan rakyat di Semenanjung Malaysia juga kekal stabil.

Pada Mei 2018 iaitu sebelum PRU14, Merdeka Center juga pernah melaporkan BN mendapat sokongan besar pengundi dan akan mengekalkan kuasa peringkat Pusat.

Tiada ulasan: